KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance

KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance

- Support dan Resistance merupakan dua elemen yang penting dalam membuat keputusan untuk Cutloss (CL) dan Take Profit (TP) sesuatu saham.
- Support diibaratkan seperti lantai yang kukuh manakala Resistance pula diibaratkan seperti bumbung yang teguh. Harga tidak akan mampu melepasi Support dan Resistance ini kecuali dengan momentum yang kuat.
- Jika harga didapati memecahkan resistance (bumbung), ia bermakna harga telah berjaya breakout dan harga akan menjadikan resistance tadi sebagai support (lantai). Jika harga memecahkan support (lantai) pula, ia bermakna harga telah breakdown dan harga akan menjadikan support tadi sebagai resistance (bumbung).

- Terdapat beberapa cara penentuan Support dan Resistance:

1️⃣ Classical Support & Resistance.
- Jelas kelihatan ketika harga bergerak sideways.
- Paling banyak digunakan dan diajarkan.

2️⃣ Dinamic Support & Resistance (Moving Average).
- Tidak perlu dilukis. Hanya perlu masukkan indikator ke dalam chart sahaja.
- Moving Average ini boleh dibahagikan kepada 4 jenis:
👉 EMA 5, EMA 7 = Dinamic Support & Resistance untuk super short term.
👉 MA 20 = Dinamic Support & Resistance untuk short term.
👉 MA 50 = Dinamic Support & Resistance untuk mid term.
👉 MA 200 = Dinamic Support & Resistance untuk long term.

3️⃣ Trend line Support & Resistance.
- Jelas kelihatan apabila sesuatu saham berada dalam keadaan uptrend atau downtrend.
- Apabila uptrend, saham akan menjadikan trend line sebagai support.
- Apabila downtrend, saham akan menjadikan trend line sebagai resistance. Apabila harga berjaya memecahkan trend line ini, ia dinamakan BDTL (Break DownTrend Line).

4️⃣ Gann Square of Nine.
- Dicipta oleh William Delbert Gann (W.D Gann) berasaskan campuran geometri, astrologi dan teknik matematik kuno.
- Cara pengiraan boleh didapati di youtube. Selain itu boleh juga gunakan kalkulator gann yang disediakan oleh Mahersaham. Anda juga boleh gunakan iSaham gann table yang telah diadaptasi kegunaannya khusus untuk Bursa dengan mengambil kira lebih 100k data support dan resistance saham di Bursa.

Nota kaki:
* Breakout = Harga memecahkan resistance.
* Breakdown = Harga memecahkan support.
* Sideways = Keadaan dimana harga bergerak mendatar.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.

------------------------------

DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
Beyond Technical AnalysisGannkajian6supportSupport and Resistance

Também em:

Publicações relacionadas

Aviso legal