Pernahkah anda terfikir, bagaimanakan prestasi MYR (Ringgit Malayia) pada tahun 2018? Apakah keadaan ekonomi di Malaysia memberangsangkan? Bagaimana perubahan MYR sebelum dan selepas PRU? Kita akan kupas MYR pada tahun 2018 (sehingga artikel ini dikeluarkan 17/9/2018)
Pertama, dalam forex, currency akan dibandingkan dengan currency negara yang lain Malaysia tidak mempunyai Index seperti USD, iaitu DXY - U.S. Dollar Index, oleh itu, kita perlu melihat kekuatan MYR dengan semua jenis currency lain yang stable Dalam perbincangan kali ini, kita akan membandingkan dengan: 1) USD - US Dollar 2) JPY - Japanese Yen (dikenali sebagai safe-haven) 3) SGD - Singapore Dollar 4) THB - Thai Baht 5) IDR - Indonesia Rupiah * SGD, THB, IDR - sebagai perbandingan mewakili negara jiran kita yang terdekat
Kedua, kita perlu mengetahui bahawa, dalam pair, terdapat pecahan, iaitu numerator (atas) dan denominator (bawah) xxx/MYR ataupun MYR/xxx xxx/MYR - menurun menandakan ringgit kuat atau xxx lemah, dan, menaik menandakan ringgit lemah atau xxx kuat dan sebaliknya MYR/xxx - menurun menandakan ringgit lemah atau xxx kuat, dan, menaik menandakan ringgit kuat atau xxx lemah
maka, nilai MYR/USD dan USD/MYR juga akan berlainan contoh pada 17/9/2018, ketika artikel ini ditulis: MYR/USD = 0.2412 USD/MYR = 4.1360
Ketiga, anda sudah faham point 1 dan 2 di atas? ok, persoalannya, apabila USD/MYR (4.1360), jatuh, Adakah ini menandakan MYR menguat? Tidak, kita juga perlu memerhatikan USD, kadangkala USD/MYR jatuh kerana USD yang melemah Sama juga keadaan apabila USD/MYR menaik, tidak menandakan MYR melemah, mungkin USD sendiri yang sedang menguat Oleh itu, bagaimanakah untuk memastikan dan mengetahui bagaimana keadaan MYR? (tanpa dipengaruhi oleh media yang berat sebelah, ahli politik yang mementingakan diri dan parti) Anda boleh sendiri membuat perbandingan itu tanpa dipengaruhi or diperkaburi mata anda
Pertama sekali, dalam membandingkan kekuatan MYR, kita boleh melihat pada correlation pair MYR, atau, membandingkan pair MYR dengan Pair MYR yang lain Correlation ialah membandingan matawang berkenaan dengan beberapa matawang yang lain untuk mengukur kekuatan matawang itu sendiri "Pair Correlation"
Kita akan membandingkan pair berikut: (MYR sebagai numerator untuk memudahkan perbandingan, jika anda mahir, tidak kisah untuk lemah sebagai numberator atau denominator. untuk permulaan, kita letakkan semua disebelah numrator atau atas/kiri) 1) MYR/USD - US (Biru) 2) MYR/JPY - Japan (Oren) 3) MYR/SGD - Singapor (Hijau) 4) MYR/THB - Thai (Ungu) 5) MYR/IDR - Indonesia (Pink) * Indonesia mengalami masalah kejatuhan matawangyang teruk, matawang jatuh sehingga menghampiri paras seperti kegawatan pada masa dulu. Terdapat juga rumour disebabkan tahun depan adalah tahun election, dan janji-janji yang perlu ditunaikan, atau, keputusan bank pusat, dan lain-lain. Anda perlu mengikuti lebih lanjut berita-berit semasa untuk ekonomi, politik dan perniagaan di indonesia.
Mari kita lihat 3 perbandingan untuk sebelum PRU, selepas PRU, dan keseluruhan tahun 2018 (sehingga 17/9):
1) Sebelum PRU (1/1-8/5) - MYR/USD = +1.79% - MYR/JPY = -0.79% - MYR/SGD = +2.77% - MYR/THB = +0.78% - MYR/IDR = +6.02% *Kesimpulan sebelum PRU, matawang MYR KUAT kerana melemah untuk 1 pair dan menguat untuk 4 pair.
2) Selepas PRU 14 (9/5-17/9) - MYR/USD = -4.52% - MYR/JPY = -2.33% - MYR/SGD = -2.23% - MYR/THB = -2.92% - MYR/IDR = +0.94% * Kesimpulan selepas PRU, matawang MYR LEMAH kerana melemah untuk 4 pair dan menguat untuk 1 pair sahaja.
3) Tahun 2018 (sehingga 17/9/2018) - MYR/USD = -2.82% - MYR/JPY = -3.12% - MYR/SGD = +0.51% - MYR/THB = -2.11% - MYR/IDR = +6.99% * Kesimpulannya, matawang MYR LEMAH kerana melemah untuk 3 pair dan menguat untuk 2 pair. Boleh dikatakan MYR melemah untuk tahun 2018 kerana Indonesia mengalami masalah dengan matawang mereka pada tahun 2018
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.