QES GROUP BERHAD
Educacional

JANGANLAH TERLALU EMO BANG!

Salam sejahtera semua..aku berharap emosi2 korang dalam keadaan baik ketika keadaan bursa yang tidak menentu ketika ini. Ini adalah entry aku yang kedua yang mana tujuan aku menulis ini adalah untuk bersantai2 dalam tradingview (tv) ni. Yang mana rata2 begitu serius memberi idea2 dalam strategi dalam perdagangan saham ni. Anyway.. antara faktor utama kejayaan dalam menjadi seorang trader ini (aku rasalah sebab aku pun belum berjaya hehe) PENJAGAAN EMOSI. Penjagaan emosi tu teramat lah penting dalam nak trade saham ni. Kenapa? sebab emosi la yang akan mengganggu trading plan yang korang set cun2.

Trading plan / setup atau apa2 saje yang otai2 saham panggil ni..kita mesti bersikap JUJUR / AMANAH / FATONAH dalam mengikut telunjuk trading plan yang korang sendiri setkan semasa trade saham. Aku suka nak bercerita tentang pengalaman aku pasal emosi ni. Kenapa aku bercerita dekat sini sebab dekat sini je yang aku rasa orang nak dengar pasal saham. Aku rasa tak sesuai aku nak bercerita dalam FB aku sebab ada orang nanti merasakan aku ni POYO dan MENJENGKELKAN sebab cerita saham yang mana salam FB tu bukan semua main saham. Mulalah orang nganjing kita dah kaya lah, nak belajar lah, apa2 la. so dekat sini aku rasa lagi dekat dengan orang yang tepat.

Kenapa emosi mengganggu kita trade saham...sejak aku berkecimpung dalam saham ni. Aku dah mula rajin dan sentiasa ingin tahu dan belajar tentang saham. Siang aku keje malam aku belajar dalam utube dan pegi webinar2 yang murah2. So dengan pengalaman dan ilmu yang ada ni (yang seberapa ni) malam aku akan set kan satu setup trading plan yang aku dah buat setiap malam seblum market bukak. Nak dijadikan cerita.. setup yang aku buat tu, atau lebih tepat lagi trend yang aku jangkakan itu tak menjadi dan aku down gile pasal tu. Kat sini lah bermulanya TEKNIK HARAPAN DAN DOA (yang korang biase dengar) tu muncul.

Efeknya kat sini, bile kita dalam keadaan marah dan mula membenci sesuatu kaunter yang buat pasal dengan kite tu. rasa nak pukul je kaunter tu tapi tak boleh. dan ada rasa berdendam plak dengan kaunter tuh. Apa jadi? aku trade memkhinzir buta je kaunter lain... dan trading plan kite yang da setup tu mula lah lari..dan kita pegi beli kaunter yang malam semalam langsung tak buat Teknikal Analilis (TA). Maka bertambah la rugi. Jadi nasihat aku untuk KITA yang newbie2 ni. jagalah emosi..kalau dah rugi jangan marah2. Barang yang lepas usah dikenang dan teruskan usaha. Bak kata seorang sahabat di entry aku sebelum ni. kalau trade setakat 2-5k ni tayah la trade. akan lesap dan lenyap ditelan orang yang trade juta2. Jawapan aku...jangan lesap dan lenyapkan diri korang kalau dah rugi...teruskan usaha. Tingkatkan ilmu kerana orang gagal memang nak tengok kita gagal tapi orang yang sudah berjaya teringin nak tengok kita berjaya bersama. PERCAYALAH PADA DIRI! InsyaAllah aku akan share kan lagi apa2 yang baik untuk korang dalam entry akan datang. Adios!

#takkayatakpejanjihensem

Beyond Technical AnalysisemotionalTrade ManagementTrading Psychology

Aviso legal