osmanabdmoin

Nova Wellness Group Berhad - Wave ke?

Viés de alta
osmanabdmoin Atualizado   
MYX:NOVA   NOVA WELLNESS GROUP BERHAD
Nova adalah dari sektor Healthcare dan sub sektor Pharmaceutical tiba-tiba menarik perhatian saya untuk kajian lanjut selepas subuh dihari pertama berpuasa ini.
Ditubuhkan pada tahun 1989, syarikat ini mengeluarkan produk makanan tambahan yang terdapat difarmasi terkenal seluruh negara dari keluaran kilang mereka yang terletak di Sg Pelek, Sepang, Selangor.
Mula didagangkan pada July 2018 dengan harga RM 0.615 tetapi jatuh keharga RM 0.265 pada December 2018. Rebound semula untuk uptrend keharga tertinggi RM 0.530 pada February 2019 tetapi tidah berjaya untuk breakout, membuat sideway sehingga August 2019 barulah kaunter ini membuat satu lagi percubaan uptrend dan memecahkan harga RM 0.53 pada September 2019 dan memecahkan harga kelahirannya pada 2019 October.
Tidak bertahan lama dengan membuat sedikit sideway hingga November 2019, kaunter ini jatuh untuk rebound dengan doji sempurna yang sangat ketara pada March 2020 harga terendah RM 0.34 Harga telah mula menunjukkan uptrend yang ketara dan menarik perhatian saya untuk mendapat confirmation dalam masa (X) hari trading lagi.

Penafian:
Pembaca diingatkan, semua ini adalah idea peribadi saya. (#bukanbuycall)
Perbincangan dan kajian ini adalah untuk journal peribadi. (#bukanbuycall)
Sila buat penilaian anda sendiri. (#bukanbuycall) - (TAYOR)
Comentário:
Khamis, Jumaat dan hari ini isnin, telah membuat confirmation yang saya tunggu.
Masuk 0.560 tapi telah sambar SL saya sebelum fly ke 0.590 terlepas 3 sen.
Peringatan untuk diri sendiri, kalau halus lain kali SL harus 2 bid bawah support.
Boleh entry? cari setup terbaik esok.
Comentário:
saya sudah terlepas kapal sebab masuk kaunter kawan dia iaitu carepls
kaunter sudah fly dan kalau nak entry masih sempat TP 0.660
tapi nak selamat tunggu retrace dulu (mungkin tidak sebab momentum masih kuat)
atau tunggu pecah resistant terkuat RM 0.660 dan retrace balik ke RM 0.670
Comentário:
kalau nak entry kena kaji balik tapi kalau nak cantik tunggu tutup atas 0.75 baru cari entry

Aviso legal

As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.