Saham syarikat Microsoft dilihat membuat kejatuhan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Kedudukan harga saham syarikat terkini dilihat berada di atas sokongan garisan arah aliran menaik Candle harian beberapa hari yang lalu dilihat menunjukkan terdapatnya minat belian setelah harga membentuk lilin hammer Walaubagaimanapun, volum belian dilihat masih lagi lemah berbanding dengan volum jualan sekiranya dilihat pada selang mingguan Oleh itu, tidak mustahil harga membuat kenaikan namun perlu diingat harga dikatakan masih cenderung membuat penurunan Harga penutup pada malam ini akan menunjukkan kecenderungan arah pergerakan saham syarikat ini Menarik untuk diperhatikan sekiranya lilin mingguan tutup dengan menunjukkan kekuatan
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.