Saham syarikat Kuala Lumpur Kepong Bhd dilihat bergerak dalam trend menurun sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Jika diperhatikan, pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta puncak berganda pada selang mingguan Volum juga dilihat berkurang tatkala tinggi terbaharu terbentuk menunjukkan kurangnya permintaan Petunjuk RSI mingguan juga dilihat telah membuat 'divergence' dan sedang bertahan di atas kawasan pertengahan Kedudukan terakhir harga dilihat berada di atas sokongan corak carta berkenaan yang juga seiring EMA20 mingguan (tidak ditunjukkan)
Adakah harga mampu bertahan dan membuat kenaikan semula ataupun sebaliknya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.