Sherhaniza1

Amerika Sekat Beli Minyak Iran, Sejarah 2012 berulang

Educacional
NYMEX:CL1!   Futuros de petróleo leve bruto
Pentadbiran Trump mengumumkan sesiapa yang membeli minyak dari Iran bermula awal November nanti akan dikenakan sekatan ekonomi. Ini bermaksud akan berlaku kekurangan supply dan beri tekanan kearah kenaikan harga. Harga minyak US mungkin sampai ke paras 80 atau 90 USD setong.Ini analisa jangka pendek.

Pembeli minyak terbesar Iran menurut data pada 2011 ialah China, European Union, Jepun dan India. Sekatan dikenakan kepada sesiapa yang membeli minyak Iran ketika itu kerana Iran dikatakan sedang membuat senjata Nuklear. Kemudian Amerika memberi kelonggaran kepada EU, Jepun dan India, kecuali China. Selepas kelonggaran atau waiver diberikan, harga minyak yang dijangka naik ke paras 150 ketika itu, mula turun.

Kami jangkakan perkara serupa akan berulang, kelonggaran akan diberikan kepada negra-negara besar tersebut kecuali China. Jika ini berlaku, maka bersedialah untuk menjual Oil.

Kami berpendapat Amerika sedang menggunakan kuasa politiknya untuk menekan negara-negara pengguna minyak ini membeli minyak dari Amerika. Pengeluaran Minyak Amerika dijangka meningkat di masa hadapan. Sekiranya ada berita tentang China atau eropah membeli minyak dari Amerika, maka harga minyak boleh turun.

Faham kan betul-betul, untuk jangka singkat, harga minyak boleh naik lebih tinggi lagi tapi untuk jangkapanjang, kami jangkakan harga minyak akan turun.

Kami akan berada di Traders Fair Hotel Intercontinental pada Sabtu ini. Jumpa disana.
Aviso legal

As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.