Sektor: - Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.
Idea analisis: ~Fundamental~ - Hasil (revenue) CAREPLS berada dalam trend menaik dengan peningkatan QoQ dan YoY masing² sebanyak 18.95% dan 30.27%. - Sebelum ini, CAREPLS lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. CAREPLS mula konsisten membuat keuntungan pada Q3 2020. Ini menjadikan keuntungan CAREPLS meningkat YoY sebanyak 2230.17%. - CAREPLS juga memberikan dividen kepada para pemegang saham tetapi tidak konsisten. Walaubagaimanapun, dividen yang diberikan pada tahun in adalah tertinggi iaitu 2.5 sen sesaham.
~Teknikal~ - Pada mulanya, CAREPLS membuat kejatuhan dan membentuk descending triangle. - CAREPLS cuba untuk BDTL tetapi tidak mampu. - Harga meneruskan kejatuhan sehingga breakdown MA 200 menjadikan CAREPLS berubah arah kepada downtrend untuk long term. - Kemudian, CAREPLS meneruskan lagi kejatuhan sehingga breakdown descending triangle. CAREPLS jatuh melebihi paras supportnya pada RM 1.930. Support RM 1.930 kini menjadi resistance bagi CAREPLS (SBR). - CAREPLS meneruskan lagi kejatuhan lalu berjaya rebound di atas support terbarunya pada RM 1.240 dengan volume yang signifikan. - Kemudian CAREPLS retest seketika di atas downtrend line sebelum breakout SBR setelah itu. - Seperti biasa, CAREPLS sekali lagi retest dan kali ini di atas SBR pula. - Setelah itu, CAREPLS meneruskan kenaikan dan terkini, CAREPLS berjaya tutup di atas MA 200. Ini menandakan CAREPLS akan berubah arah kepada uptrend untuk long term dengan disokong oleh indikator MACD. - Jika CAREPLS mampu bertahan di atas MA 200 dan SBR, harga berpotensi menuju ke RM 4 dan seterusnya ke RM 5.830.
Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum. * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * Q3 = Quarter ketiga. Kebiasaanya bulan Ogos. Dalam idea ini, Q3 bagi CAREPLS adalah pada bulan Julai. * BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan. * SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya. * Untuk maklumat tambahan mengenai 'descending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.