Beberapa minggu lepas, kami telah melihat pada beberapa cara terbaik untuk memperbaiki dagangan anda, termasuk belajar untuk menyesuaikan diri kepada keadaan pasaran, membina satu minda dagangan yang betul, dan banyak lagi. Hari ini, kami fikir ia akan jadi menyeronokkan untuk melakukan perkara yang sebaliknya. Selain dari cuba membantu komuniti membina latihan-latihan yang kukuh dan profesional - mari kita cuba membina satu pedagang yang gagal dari bawah ke atas! Apakah ciri-ciri/keputusan yang akan kita ada untuk menggalakkan seseorang mendapatkan satu hasil yang gagal?
Secara teorinya, pasaran adalah hanyalah satu permainan kebarangkalian. Bagaimanakah kita boleh menjamin pedagang kita akan gagal? Seperti yang berlaku, ada beberapa perlakuan mudah yang kita boleh gabungkan untuk memastikan satu keputusan kegagalan adalah satu kesimpulan yang dapat diramalkan.
Nombor 1: Mereka tidak pernah menentukan risiko 🤷🏼♂️
Di dalam dagangan, orang-orang selalunya mengatakan mengenai perkara-perkara tentang "Pengurusan risiko", "Menentukan risiko anda" atau "Menentukan di mana anda keluar", tetapi ia kadang-kadang boleh menjadi sukar untuk ditentukan, sebagai seorang pedagang baru, apakah yang orang-orang cakap ni. Menentukan risiko saya? Bagaimana? Apa yang kamu cakap ni? Apa maksudnya?
Secara mudahnya, menentukan risiko anda adalah satu proses mengetahui *di mana* kesalahan anda di dalam satu dagangan/pelaburan.
Untuk pedagang aktif, ia boleh menjadi semudah memilih satu ketinggian atau kerendahan baru, dan berkata "Jika harga ini kena, kemudian saya akan keluar dari dagangan. Bacaan jangka pendek yang saya dapat pada aset ini tidak lagi sah. Saya tidak rasa saya tau apa akan terjadi selepas ini." Untuk seseorang yang lebih kepada pedagang posisi, ia boleh jadi semudah mengatakan "Saya tidak mahu rugi lebih daripada 10% (atau beberapa peratus) dari modal saya pada mana-mana titik apabila saya berada dalam posisi ini. Saya rasa saya telah memilih masukan saya dengan cukup baik yang mana satu kejatuhan 10% (atau x%) akan bermaksud bahawa, untuk alasan-alasan tertentu, pemikiran saya adalah tidak lagi sah."
Dari satu perspektif pengurusan tunai/portfolio, menentukan risiko anda mempunyai dimensi yang lain: Berapakah jumlah modal yang anda mahu berpotensi untuk rugi di dalam satu senario terburuk? Patutkah setiap dagangan merisikokan 50% daripada modal anda? 20%? 5%? 1%? Berapa banyak jumlah terkumpul wang anda yang anda akan hilang sebelum anda berhenti?
Untuk memastikan bahawa kita mempunyai seorang pedagang yang gagal, ianya penting yang mereka tidak mempunyai satu pelan untuk saiz posisi, menetapkan renti rugi, atau menetapkan renti rugi untuk akaun. Dengan cara ini, mereka tidak akan mempunyai apa-apa ketekalan dan akhirnya akan mengambil beberapa kerugian besar yang akan menendang mereka keluar dari permainan ini selama-lamanya.
Nombor 2: Mereka menggunakan banyak keumpilan 🍋
Apabila digabungkan dengan Nombor 1, menggunakan banyak keumpilan adalah satu cara bagus untuk mempercepatkan proses kehilangan wang. Dengan satu strategi yang menang 50% sepanjang masa akan secara statistiknya menghadapi satu 7 kerugian dagangan berturut-turut di dalam 100 dagangan akan datang, menambahkan saiz dan menggunakan keumpilan adalah satu cara bagus untuk memastikan bahawa apabila satu keadaan buruk berlaku, anda hilang semua modal anda. Membiarkan dagangan terjadi lebih daripada banyak mana anda jangkakan akan rugi adalah satu cara bagus untuk mempercepatkan proses ini, kerana dengan penambahan keumpilan, ia hanya memerlukan untuk melawan anda sebanyak 50%, 20%, 10%, dll, sebelum anda hilang semuanya. Anda tidak boleh merisikokan ke kosong.
Dengan mengira bahawa kebanyakan dana lindung nilai paling agresif di dunia selalunya tidak menggunakan keumpilan lebih dari 5-8x, walaupun dalam dagangan FX, kita akan memerlukan pedagang gagal kita untuk menggunakan paling kurang 10-20x keumpilan untuk mempercepatkan kemusnahan mereka.
Nombor 3: Mereka melompat dari strategi ke strategi 🐰
Bruce Lee pernah berkata, “Saya takut bukannya pada lelaki yang telah berlatih 10,000 tendangan sekali, tetapi saya takut lelaki yang telah berlatih satu tendangan 10,000 kali.”
Dalam contoh ini, kekal dengan satu strategi, walaupun ianya kurang optimum, adalah lelaki yang telah berlatih satu tendangan banyak kali. Pedagang yang strateginya melompat-lompat adalah seorang yang telah mencuba hampir semua tendangan yang ada di luar sana, tetapi tidak menguasai satu pun. Untuk memastikan pedagang kita adalah seorang pedagang yang gagal, kita hendaklah mestikan mereka tidak pernah menguasai apa-apa dan kekal bertukar dari satu strategi ke satu strategi. Kita perlu megumpan satu strategi, penunjuk, atau gaya dagangan baru secara konsisten di depan muka pedagang kita. Jadi, tidak kira strategi apapun yang pedagang itu pilih, mereka akan kekurangan jam yang perlu untuk mendapatkan apa-apa kecuali perlaksanaan dagangan yang kurang optimum, rasa pasaran keseluruhan yang lemah, dan satu kekurangan nuansa dan pemahaman secara umum.
Gabungkan dengan nombor 1 dan nombor 2, ia adalah hampir mustahil untuk pedagang ini memperolehi keuntungan.
--
Jadi, itu dia; 3 cara untuk memastikan pedagang akan gagal. Cam salah satu daripada mereka?
Harapan kami dengan menulis ini adalah bukan untuk mematahkan semangat sesiapa daripada memasuki pasaran, tetapi lebih kepada untuk memberikan pemahaman pada beberapa tabiat buruk yang kita boleh buat apabila baru bermula. Mengelakkan kesilapan-kesilapan orang baru dan amalan buruk yang boleh membantutkan kerjaya sebagai seorang pedagang & mencipta tabiat buruk - no bueno! Beritahu kami jika anda menyukai ini, dan kami akan sentiasa melakukan lebih banyak catatan seperti ini yang melalui beberapa "amalan-amalan bagus" dagangan.
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.