ReutersReuters

Dana Perlindungan Bitget Mencecah Purata $424 Juta, Peningkatan 40% daripada Komitmen Awal

VICTORIA, Seychelles, Nov. 11, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, sebuah bursa mata wang kripto terkemuka dan syarikat Web3, telah mengeluarkan penilaian terkini bagi Dana Perlindungan bursa itu bagi Oktober 2024. Dana tersebut yang merupakan satu perlindungan penting bagi bursa itu menunjukkan langkah-langkah berterusan yang diambil oleh platform itu untuk menjamin keselamatan aset pengguna dan mengekalkan kestabilan kewangan. Sepanjang bulan Oktober, Dana Perlindungan itu berdaya tahan dengan ketara, dengan rekod penilaian tertinggi mencecah $473 juta pada 30 Oktober. Purata bulanan dana berada pada nilai $424 juta, manakala pada 11 Oktober, nilai terendah dana yang dicatatkan adalah $391 juta. Julat penilaian ini membuktikan keupayaan Bitget untuk mengekalkan dana perlindungannya dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Dana Perlindungan Bitget telah dilancarkan pada tahun 2022 dengan nilai awal berjumlah $300 juta, yang bertujuan untuk menawarkan tahap keselamatan tambahan bagi pengguna yang ingin meneroka pelaburan pasaran kripto. Inisiatif ini direka bentuk untuk menyediakan sokongan kewangan yang konsisten dan telus yang melindungi aset digital pengguna, tanpa mengira dinamik pasaran. Sejak penubuhannya, Bitget telah memastikan bahawa Dana Perlindungan kekal melebihi nilai asalnya secara konsisten, yang berupaya mengukuhkan kestabilan kewangan dan komitmen platform untuk mewujudkan persekitaran perdagangan yang selamat.

Penilaian stabil bagi Dana Perlindungan itu pada Oktober 2024 menekankan pendekatan Bitget untuk melindungi aset walaupun ketika pasaran kripto global mengalami ketidakstabilan. Dengan mengekalkan nilai ambang dana jauh melebihi $300 juta, Bitget memberikan isyarat tentang kesediaannya untuk menangani cabaran yang tidak dijangka dalam industri, sekali gus menguatkan keyakinan pengguna terhadap platformnya. Usaha perlindungan aset yang berterusan ini penting bagi mencapai matlamat Bitget dalam menyediakan persekitaran yang boleh dipercayai untuk pelabur kripto.

"Di Bitget, kami memberikan tumpuan yang mantap pada usaha mewujudkan persekitaran yang selamat, yang membolehkan pengguna melibatkan diri dengan yakin apabila mereka mengetahui bahawa aset mereka dilindungi," kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. "Laporan perlindungan bulanan kami membuktikan tumpuan kami yang berterusan terhadap daya tahan dan ketelusan kewangan. Kami menyasarkan untuk menetapkan standard kecemerlangan bagi kepercayaan dan keselamatan dalam industri kripto. Keselamatan pengguna kami kekal menjadi keutamaan sedang kami meneroka ruang kripto bersama-sama."

Selain Dana Perlindungan, Bitget telah melaksanakan Bukti Rizab (PoR), iaitu mekanisme yang menambahkan satu lagi lapisan ketelusan dalam operasinya. Bukti Rizab dikemas kini setiap bulan dan memastikan nisbah rizab 1:1 bagi aset pengguna. Struktur ini membolehkan pengguna mengesahkan bahawa pegangan mereka disokong sepenuhnya, yang akan meningkatkan kepercayaan terhadap amalan pengurusan aset platform. PoR berfungsi sebagai komponen penting dalam rangka kerja keselamatan Bitget yang menawarkan rekod rizab aset platform yang telus dan boleh disahkan bagi pengguna.

Laporan Dana Perlindungan bulanan adalah sebahagian daripada strategi Bitget yang lebih luas untuk mengekalkan komunikasi terbuka dengan penggunanya, yang akan terus memaklumkan mereka tentang kesihatan kewangan platform serta langkah-langkah bagi perlindungan aset. Pelaporan tetap mengenai Dana Perlindungan berserta kemas kini bulanan Bukti Rizab menunjukkan komitmen Bitget terhadap ketelusan dan pemerkasaan pengguna dalam sektor kripto.

Sebagai sebahagian daripada dedikasi terhadap keselamatan penggunanya, Bitget menggalakkan pengguna menyemak Laporan Penilaian Dana Perlindungan untuk bulan Oktober 2024 serta meneroka butiran Bukti Rizab yang tersedia pada platform Bitget. Sumber ini boleh diakses oleh individu yang berminat untuk memahami perlindungan kewangan dan komitmen Bitget terhadap perlindungan aset.

Untuk maklumat lanjut tentang langkah keselamatan dan amalan ketelusan Bitget, pengguna boleh melayari Dana Perlindungan di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget ialah syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 terkemuka di dunia. Bursa Bitget menyediakan perkhidmatan kepada lebih 45 juta pengguna di lebih 150 negara dan wilayah serta komited membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan rintisannya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin turun naik dan mengalami kemudahubahan harga. Melabur dengan bijak. Nilai pelaburan anda mungkin terjejas dan berkemungkinan anda tidak mencapai matlamat kewangan anda atau mendapatkan semula pelaburan pokok anda. Anda seharusnya sentiasa mendapatkan nasihat kewangan yang bebas dan mempertimbangkan pengalaman kewangan dan kedudukan kewangan anda sendiri. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin anda alami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan.

Foto-foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/905fb373-4475-4457-a16a-6b1dfedc8783

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ce6600da-c93b-446b-be5e-65ad3fcc24f4

Entrar ou criar uma conta gratuita para ler essa notícia

Mais notícias de Reuters

Mais notícias