Idea analisis: ~Teknikal~ - EMAS melakukan penurunan drastik dan dilihat membuat rejection di atas 2 paras sokongan: 1) Trend line support. 2) RBS pada paras harga RM 230/gram - RM 233/gram. - Terkini, EMAS dilihat sedang rebound di atas 2 paras sokongan ini dengan 2 petunjuk: 1) Candlestick bullish harami. 2) Stochastic RSI cross up di paras oversold. - Jika EMAS mampu rebound di atas 2 paras sokongan dengan 2 petanda rebound ini, harga mampu menuju ke paras resistance terbarunya pada paras harga RM 253/gram - RM 255/gram.
~Fundamental~ - Penurunan EMAS ini dikaitkan dengan ucapan Jerome Powell iaitu Pengerusi US Federal Reserve. - Dalam ucapan beliau, kadar faedah kekal direndahkan sekarang iaitu sebanyak 0.25%. - Kesannya, para pelabur akan cenderung untuk menyimpan wang mereka di dalam bank berbanding melabur ke dalam EMAS dan saham.
Nota kaki: * Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support. * RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan. * Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini. * Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Bullish Harami = 'Body' candle hijau diberanakkan atau ditelan oleh 'body' candle merah sebelumnya. * Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan. * Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.