Sektor PROPERTIES dilihat sedang melakukan pullback setelah mencapai paras tertinggi dalam setahun pada paras 749 mata.
Kini dilihat sedang bertahan di garisan sokongan. Sokongan terdekat pada paras 741 mata. Setakat ini garisan tersebut telah dicuba sebanyak tiga kali dan berlaku lantunan setelah mencecah garisan sokongan tersebut. Sekiranya lantunan kali keempat ini berjaya berkemungkinan besar akan cuba menguji pula kekuatan halangan pada paras 749 mata.
Moving Average (MA) 50 juga tidak jauh daripada mata index PROPERTIES. Sekiranya masih di atas MA 50 akan menunjukkan index PROPERTIES akan meneruskan pergerakan uptrend.
Menarik untuk diperhatikan saham-saham berkaitan PROPERTIES di minggu hadapan.
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.