Idea analisis: - Dalam time frame weekly, sektor PROPERTIES dilihat membuat HHHL di atas trend line. - Dalam kenaikan ini, dilihat signal 'strong bearish divergence' telah menjatuhkan indeks tetapi signal ini tidak mampu menjatuhkan indeks sehingga ke bawah trend line. - Ini kerana terkini, muncul tiga petanda yang menunjukkan indeks akan rebound di atas trend line support: 1) Muncul candlestick tower bottom. 2) Muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga ke bawah trend line kerana minat penjualan yang masih lebih kuat. 3) Stochastic RSI cross up di paras oversold. - Dengan 3 petanda rebound ini, indeks PROPERTIES bepotensi menuju ke paras SBR (835 mata - 855 mata).
Nota kaki: * HHHL = Higher High Higher Low. * Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'. * Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'. * Rebound = Indeks melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan. * Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana indeks menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low). * Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana indeks menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high). * Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'. * Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'. * Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna indeks dalam keadaan terlebih jualan. * Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance ( SnR ), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli .
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.