NOA dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Kedudukan harga terkini dilihat sedang menguji kekuatan rintangan dinamik EMA20 mingguan selepas harga membuat lantunan daripada EMA50 pada minggu dagangan yang lalu Histogram MACD mingguan juga dilihat semakin menuju ke arah positif namun belum melakukan persilangan Petunjuk RSI mingguan dilihat menuju ke paras lebih tinggi namun masih berada di bawah garisan SMA RSI Analisa volum pada selang masa lebih kecil (harian) menunjukkan volum tinggi ketika harga mendekati rintangan segi empat sama Ini menunjukkan terdapatnya minat positif untuk harga cuba memecahkan rintangan segi empat terbabit RSI pada selang masa harian juga dilihat cuba menuju ke paras lebih tinggi dan berada di atas garisan SMA RSI
Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih atas kerjasama
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.