Saham syarikat Nike dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika diperhatikan, pergerakan harga dilihat seakan bergerak mematuhi corak carta segi tiga simetri Kemuncak jualan dilihat telah berlaku sekitar bulan Jun lalu disertai dengan volum jualan yang tinggi Pergerakan harga selepas itu dilihat bergerak mendatar dan belum menunjukkan kecenderungan halatuju Namun, analisa candlestick harian mendapati masih terdapat minat belian dengan terbentuknya 'hammer' beberapa hari lalu Candlestick mingguan pula dilihat membentuk 'morning star' pada minggu dagangan sebelum ini Selagimana harga belum memecahkan corak carta masih terlalu awal untuk membuat andaian pergerakan harga Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga memecahkan corak carta dengan volum
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.