KUALA LUMPUR: Pemegang saham utama ManagePay Systems Bhd (MPay), Datuk Azizan Osman menambah nilai pegangan sahamnya dalam MPay yang menyaksikan peningkatan pegangannya kepada 10.58 peratus kepentingan.
Beliau yang memiliki pegangan langsung 44 juta unit saham MPay pada 18 Jun lalu yang kini mewakili 5.23 peratus kepentingan, menambah pegangan tidak langsung 45 juta unit saham bersamaan 5.35 peratus kepentingan menerusi syarikat RichWorks International Capital Holdings Sdn Bhd (RiCH).
"Ini lanjutan daripada tambahan pegangan sebanyak 45 juta unit saham, mewakili pegangan 5.35 peratus kepentingan dalam MPay melalui RiCH hari ini," kata RiCH dalam satu kenyataan.
MPay dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat lalu mengumumkan transaksi jualan 45 juta saham itu pada harga 28 sen kepada RiCH yang juga pemilik penuh syarikat pengendali latihan keusahawanan dan Perindustrian kecil dan sederhana (PKS), RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks).
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.