Ramaco Resources, Inc. dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Terkini carta pada selang masa harian dilihat membentuk corak carta 'saucer' setelah harga berjaya tutup berdekatan kawasan rintangan Profil volum juga adalah dilihat cantik, selari dengan pembentukan corak carta terbabit Volum penyertaan pedagang juga dilihat tinggi ketika harga mendekati kawasan rintangan menunjukkan kehadiran minat belian untuk memecahkan rintangan Walaubagaimanapun, tidak mustahil juga harga membuat penurunan sedikit untuk merubah corak carta menjadi 'Cup & Handle' Hal ini kerana, petunjuk RSI harian dilihat sudah menunjukkan momentum belian namun sudah menghampiri kawasan 'overbought' Selagimana harga belum melakukan 'breakout' melepasi kawasan rintangan maka tiada pengesahan harga akan meneruskan kenaikan
Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.