Haluan manakah pilihan MBSB ?. Bulan Disember adalah bulan yang getir untuk MBSB kerana pergerakannya akan memberi gambaran ke manakah arah tujuan MBSB.
Jika dilihat pada carta mingguan MBSB, harga adalah pada paras rintangan "Downtrend Line" dan juga rintangan MA50(tidak dipaparkan). Jadi untuk MBSB melakukan perubahan trend, amat penting untuk harga pada minggu hadapan tembus dan tutup lebih daripada paras rintangan downtrend line dan juga rintangan MA50.
Tidak menjadi masalah untuk harga menembusi rintangan tersebut kerana kita dapat lihat terdapat banyak volume masuk pada dua minggu yang lepas. semestinya MBSB mampu mengubah trend menurun yang lama.
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.