Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, keuntungan JAYCORP secara keseluruhan dilhat berada dalam keadaan uptrend. Keuntungan JAYCORP QoQ dan YoY meningkat masing² sebanyak 88.04% dan 55.09%. Hasil (revenue) juga meningkat QoQ dan YoY masing² sebanyak 12.44% dan 12.77%. JAYCORP juga konsisten dalam pemberian dividen. Terbaru, dividen yang diberikan pada 19 Mac bernilai 11.5 sen sesaham. Pemberian dividen yield ini juga meningkat sebanyak 6.5%. - Dari sudut Teknikal, JAYCORP masih dalam keadaan uptrend dan pergerakan JAYCORP sangat menarik. - Dapat diperhatikan, JAYCORP sentiasa menaik dan apabila membuat pullback, JAYCORP turun tidak melebihi trend line. MA 50 juga boleh dijadikan dinamic support untuk JAYCORP. - Terkini, JAYCORP dilihat sedang membuat pullback sekali lagi. Adakah JAYCORP akan membuat pullback sehingga ke trend line kemudian rebound seperti sebelum ini? - Antara indikator yang boleh digunakan untuk saham uptrend seperti ini adalah 'Parabolic SAR' (boleh rujuk bulatan² kecil berwarna hijau): 1) Signal buy muncul apabila bulatan pertama muncul di bawah candle stick. 2) Signal sell muncul apabila bulatan pertama muncul di atas candlestick.
Nota kaki: * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.