Idea analisis: ~Teknikal~ - Kajian ini meninjau pergerakan harga bagi JAG dalam time frame daily dan mendapati sekarang JAG berada di dalam minor wave 5 dalam major wave 3. - Minor wave 5 pula mempunyai 5 lagi sub minor wave (1-2-3-4-5) dan JAG sekarang dilihat telah berjaya melengkapkan sub minor wave 2 dan sedang memulakan perjalanan untuk melengkapkan sub minor wave 3 pula. - Ini dibuktikan dengan 2 petunjuk: 1⃣ Pembentukan candlestick 'morning doji star' yang tinggi kekuatannya (strong). 2⃣ MACD 4R1G (Histogram 4 Red 1 Green). Memberi signal bahawa JAG menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda JAG akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan. - Jika JAG mampu bertahan di atas paras harga RM 0.335, harga berpotensi menuju ke sub minor wave 3 pada paras harga RM 0.475 yang merupakan 161.8% daripada sub minor wave 1. - Kemudian harga akan membuat penurunan dahulu bagi melengkapkan sub minor wave 4 sebelum membuat kenaikan kembali dan berpotensi melengkapkan sub minor wave 5 yang juga merupakan minor wave 5 dan major wave 3 pada paras harga RM 0.635 iaitu 161.8% daripada major wave 1. - Mari kita lihat kronologi pergerakan harga bagi JAG sepanjang kenaikan dalam major wave 3 ini pula: ♾ Muncul signal 'strong bearish divergence' daripada oscillator stochastic RSI yang menyambungkan puncak harga super sub minor wave 3 dengan super sub minor wave 5 memberikan petanda bahawa sub minor wave 3 telah berjaya dilengkapkan. ♾ Harga turun kemudiannya untuk membuat sub minor wave 4 pula. ♾ Ketika harga naik di puncak sub minor wave 5, muncul lagi signal 'strong bearish divergence' tetapi kali ini daripada oscillator AO pula. ♾ Ini memberi gambaran bahawa minor wave 3 telah lengkap dan harga kemudiannya membuat penurunan yang agak drastik untuk melengkapkan minor wave 4. ♾ Pattern zig zag terbentuk dalam minor wave 4 ini dan sub minor wave C dalam pattern zig zag berakhir tepat pada paras 61.8% daripada sub minor wave A. ♾ Pengakhiran sub minor wave C ini juga disokong oleh signal 'strong bullish divergence' daripada oscillator stochastic RSI dengan penyambungan super sub minor wave 3 dengan super sub minor wave 5. ♾ JAG kemudiannya meneruskan kenaikan untuk melengkapkan sub minor wave 1. ♾ Terbentuk pula candlestick 'three black crows' menolak harga untuk jatuh sedikit kebawah bagi harga melengkapkan sub minor wave 2. - Berdasarkan kronologi ini, signal divergences dilihat agak penting bagi menentukan pergerakan harga dan penentuan wave untuk JAG. - Sebarang divergences yang terbentuk boleh diberi perhatian. "History repeats itself". - JAG juga masih di atas MA 200 (rujuk garisan trend berwarna hijau) memberi gambaran bahawa JAG masih uptrend untuk jangka masa panjang (long-term).
~Fundamental~ - Dalam 10 quarters terkini, secara overall, penganalisis melihat keuntungan dan perolehan JAG adalah dalam trend menaik. - Walaubagaimanapun, JAG pernah mencatatkan kerugian tiga quarters berturut² pada 2019 tetapi untuk quarters terkini (2020-2021), JAG konsisten membuat keuntungan dan dilihat keuntungan JAG semakin menaik untuk setiap quarters menjadikan keuntungan JAG menaik YoY sebanyak 413.43%. - Perolehan JAG juga menunjukkan peningkatan YoY dan QoQ masing² sebanyak 22.47% dan 69.95%. - JAG kali terakhir memberikan dividen kepada pemegang sahamnya pada 2018 iaitu sebanyak 0.2 sen sesaham.
Nota kaki: * Major wave = Nombor kelabu yang dibulatkan. * Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'. * Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'. * Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'. * Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi oscillator menurun (lower high). * Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi oscillator menaik (higher low). * HHHL = Higher High Higher Low. * Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'. * Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'. * Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'. * Penerangan tentang kekuatan candlestick 'morning star' atau 'morning doji star':
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.