14/6/2022 INFLASI AS MEMPENGARUHI PASARAN GBP/USD

Laporan inflasi AS pada minggu lepas memberi gambaran pengukuhan AS Dolar pada pasaran. Peningkatan yang dilaporkan memberikan situasi kepada Feds yang dijangka akan menaikkan kadar untuk menangani kenaikan inflasi AS pada FOMC nanti. Kenaikan kadar yang dijangka ini bersesuaian dengan kaedah buku teks dan pasaran bergerak selari dengan tindakan ini.

GBP/USD yang berada dalam julat minggu lalu telah melakukan penembusan dengan laporan inflasi AS. Pergerakan ini menggambarkan pergerakan pembetulan yang telah tamat dan kejatuhan GBP/USD diteruskan sehingga berlaku julat yang baru.
GBPUSDTrend Analysis

Também em:

Aviso legal