1. EPMB adalah dari sektor Industri Produk & Perkhidmatan serta Sub sektor Bahagian Auto. 2. Dalam TF 4jam, apa yang kurang menarik adalah harga masih lagi berada di bawah EMA 200 iaitu fasa menurun. Namun, terdapat corak carta segitiga menurun telahpun terbentuk dan harga sokongan dilihat berada pada RM 0.440 3. Kelihatan juga Bullish Regular Divergence (RD) yang memberi petanda untuk harga melonjak naik selepas ini. Apabila harga kekal berada di atas EMA 200 maka kita boleh katakan yang carta akan berubah fasa ke fasa menaik. dan jika berjaya memecahkan paras rintangan pada garisan segitiga tersebut harga boleh pergi mengikut anak panah seperti di carta. Tapi mungkin juga tidak berlaku.
4. Dari segi fundamental, EPMB dilihat kurang menarik berdasarkan : Market Cap : 83M Share : 172M EPS : -2.84 ROE -1.88 P/E : -16.9
5. Keuntungan dan Hasil dari QR yang lepas juga ada sedikit penurunan. 6. Para pedagang dan pelabur sebaiknya melakukan kajian sendiri untuk memilih sesuatu konter mengikut teknikal analisis ataupun fundamental analisis atau kedua-duanya sekali.
Penafian : Ini adalah kajian pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual kepada mana-mana pihak. Berdagang di atas risiko sendiri.
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.