Melihat pada carta mingguan USD index, jelas ia masih berada di atas awan sejak suku terakhir tahun lepas. ini bermaksud untuk sekian lama USD index naik dengan kuat. namun begitu, melihat pada carta mingguan yang di padankan dengan petunjuk ichimoku, paras halangan seteusnya adalah di paras 98.18 dan 98.95 dan paras itu jika USD index gagal melepasi nya dengan momentu yang kuat, ada kemungkinan USD index akan masuk ke fasa pembetulan, namun begitu melihat pada paras tenken dan kinjun, ia masih lagi memberikan bacaan positif. ini bermaksud sokongan pada paras semasa masih lagi kuat. chikou juga di lihat jelas berada di paras selamat di atas paras harga semasa yang lalu, kesimpulan nya, kekuatan USD index ini berkemungkinan akan kekal untuk beberapa ketika lagi dan selagi ia naik dengan kuat maka di khuatiri, ia kan memberi kesan kepada harga minyak(komoditi) dan tukaran wang asing seperti GBP dan EURO yang akan diilihat lemah berbanding USD.
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.