Sektor: - Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Integrated Immigration System, Semiconductors.
Idea analisis: - Sudut Fundamental DNEX telah dikupas di dalam idea sebelum ini. - Dari sudut Teknikal, DNEX sekarang dilihat berada di atas fibo 0.382 dengan stochastic RSI menunjukkan saham berada dalam keadaan oversold. - Boleh diperhatikan jika stochastic RSI mula cross di paras oversold, harga berkemungkinan akan rebound di atas support baru yang terkuat atau di atas MA 50. - Jika harga mampu rebound di atas fibo 0.382 dan MA 50, harga berpotensi menuju ke RM 1.030. - Jika harga tidak mampu bertahan di atas fibo 0.382 dan MA 50, berkemungkinan uptrend DNEX berakhir dan ingin membuat reversal. Support seterusnya adalah di RM 0.615.
Nota kaki: * Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways. * Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.