Sektor: Sektor: Produk Pengguna, Eksport, Pakaian, Barang Peribadi, Peruncit, Produk & Perkhidmatan Pengguna
Analisa Fundamental
- Konsisten memberikan dividen setiap tahun kecuali pada tahun 2018.
-Antara perkara menarik berkenaan BONIA ini ialah walaupun mencatatkan 2 kali kerugian dalam laporan suku tahunan 2020 namun masih menghasilkan keuntungan sebanyak RM2.8 juta dengan perolehan sebanyak RM345 juta.
- Merupakan recovery sector.
Prospek:
1. Prospek ekonomi keseluruhan untuk tahun 2021 akan bergantung kepada keadaan wabak Covid-19 termasuk program vaksinasi yang sedang berjalan.
2. BONIA akan melakukan inisiatif penjenamaan dan memperluas saluran e-dagangnya sambil terus berhati-hati dengan langkah-langkah kawalan kosnya untuk memastikan prestasi perniagaan jangka panjang dan berterusan
Analisa Teknikal
1. Pembentukan bentuk 'U' atau cawan bermula daripada bulan November 2019 dan kini membentuk handle untuk cawan yang besar.
Kedalaman mangkuk itu selalunya akan menjadi ketinggian potensi harga saham akan bergerak.
2. Indicator MACD juga dilihat bakal melakukan golden cross yang merupakan antara signal belian.
Namun apa-apa boleh terjadi dalam pasaran saham ini. Masa akan menentukan
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran semata dalam mengaplikasikan corak Cawan dan Pemegang dalam chart.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal. Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.