Viés de alta

ANCOM - Breakout garisan menurun (BODTL)

Sektor - Industrial Product
Perniagaan - Produk berasaskan kimia

Idea analisis

Dari sudut teknikal

1. ANCOM jelas menunjukkan tren menaik apabila struktur HH dan HL jelas kelihatan serta paras harga masih di atas garisan menaik.
2. ANCOM dilihat melakukan breakout pada garisan menurun dengan volume belian yang sihat setelah retrace dan pullback atas garisan MA50.
3. MACD atas paras 0 menunjukkan ANCOM mempunyai momentum yang solid untuk meneruskan perjalanan NAMUN dalam keadaan menguncup/tidak mengembang.
4. RSI7 menunjukkan ANCOM berada dalam aras RSI60-70 yang menandakan momentum masih kuat.
5.Persoalannya adakah ANCOM akan terus menyambung perjalanan ataupun kembali menguji aras kekuatan garisan menurun?. Tiada siapa yang mampu menjawab secara tepat. Oleh itu, pendekatan trading plan wajar digunakan bagi mengawal emosi dalam perdagangan.

Dari sudut fundamental
1. Q1 2022 ANCOM mencatatkan keuntungan bersih 12.08M berbanding Q1 2021 sekadar 6.19M. Ini menunjukkan peningkatkan yang memberangsangkan,
2. Q1 2022 ANCOM mencatakan revenue sebanyak 532.91M berbanding Q1 2021 sekadar 357.27M dan ini juga menandakan ANCOM mempunyai latar belakang fundamental yang bagus dan kukuh.

PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
Fundamental AnalysisTrend AnalysisTrend Lines

Aviso legal