1) Paras sokongan terdekat bagi kaunter ini adalan pada 0.200 dan rintangan seterusnya pada 0.260 dengan risk reward ratio lebih kurang 3:1. 2) Kaunter ini perlu diberi perhatian kerana terdapat kemasukan volume yang besar pada 14 Mac lepas dan kenaikan harga yang signifikan. 3) Indikator Parabolic SAR juga telah melintas kebawah pada 14 Mac lepas, maka boleh ride the trend selagi harga tidak turun lebih rendah daripada SAR. 4) Kaunter ini juga menarik perhatian kerana MA20 bakal bersilang dengan MA50 menunjukkan perubahan trend jangka sederhana dan jangka panjang. 5) Selain itu, indikator MACD juga telah bersilang antara garisan MACD dan garisan signal dan berada di atas paras 0. 6) Indikator Stoch RSI berada pada paras overbought, maka perhatian lebih diperlukan kerana dikhuatiri retracement yang banyak akan berlaku. 7) Jika dilihat pada indikator Bolinger Band juga telah melepasi upper bolinger band. 8) Selagi tiada tanda berlaku pelepasan yang besar, maka masih boleh ride the trend. 9) Cuma tidak boleh hold lama dan kaunter ini semestinya akan jatuh mendekati MA20 iaitu mid bolinger band.
As informações e publicações não devem ser e não constituem conselhos ou recomendações financeiras, de investimento, de negociação ou de qualquer outro tipo, fornecidas ou endossadas pela TradingView. Leia mais em Termos de uso.