Dufu : Fasa Pengumpulan?

Por AmmarAbdSamat
Dufu Technology Corp. Berhad adalah syarikat berpangkalan di Malaysia, yang terlibat dalam pegangan pelaburan. Syarikat terlibat dalam pembuatan produk perindustrian dan perdagangan komponen cakera komputer yang berkaitan.

1. Jika dilihat pada carta, terdapat beberapa candle yg terbentuk (bulatan biru) ditutup lebih rendah dari paras tertinggi harian meskipun menerima kemasukkan volume yg tinggi.

2. Terkini, pada 27hb Feb, candle doji telah terbentuk meskipun menerima kemasukkan volume tertinggi utk 2019.

3. Saya menjangkakan 'smart money' sedang giat menambah pegangan mereka.

4. Paras sokongan masih lagi kekal pada RM1.53 dan paras rintangan pada RM1.97.

5. Apabila fasa pengumpulan sudah berakhir, fasa 'mark-up' akan bermula dan saya menjangkakan paras rintangan RM1.97 senang utk dipecahkan.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Trend Analysis
AmmarAbdSamat

Related publications

Aviso legal