3A Bakal meroket

Three-A Resources Berhad (3A) berada diantara garisan sokongan dan rintangan menaik (saluran selari). harga terkini masih menguji kawasan rintangan setelah gagal merentasi garisan sokongan menaik. harga berkemungkinan bakal menguji garisan rintangan menaik sekiranya mampu melepasi dan bertahan di atas kawasan rintangan.

Three-A Resources Berhad (3A) diasaskan oleh Encik Fang Chew Ham. Syarikat itu membekalkan, terutamanya, warna karamel kepada pengeluar kicap kecil di negara ini. Semua produk yang dikeluarkan oleh anak syarikat tersebut telah disahkan sebagai HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Three-A Resources Berhad (3A) mencatatkan hasil yang baik pada Q3 Sep 22 sebanyak RM173,082,000 berbanding Q2 Jun 22 RM165,167,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM7,915,000. Namun Keuntungan bersih Q3 Sep 22 RM 8,000,000 berkurang jika dibandingkan dengan Q2 Jun 22 RM10,839,000 mencatat perbezaan sebanyak RM2,839,000.

Pemegang saham utama bagi Three-A Resources Berhad (3A) terdiri daripada FANG CHEW HAM HOLDINGS SDN BHD 20.55% sebanyak 100,750,000 unit saham yang bernialai 95.71M, diikuti WILMAR INTERNATIONAL LIMITED 15.71% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 77,000,000 unit saham dengan nilai sebanyak 73.15M.

corak carta : saluran selari

Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Parallel ChannelSupport and ResistanceTrend Analysis

Aviso legal